Wednesday, February 25, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Hobi Kegemaran

Antara hobi saya adalah memasak..Berikut adalah antara resepi kegemaran

BLUEBERRY CHEESE TART


Bahan-bahan ( 12 biji )
PASTRY (resepi chef anuar)
160g butter
80g gula castor
1 st vanilla esen
sedikit garam
1 biji telur
250gm tepung gandum

BAHAN ISIAN CHEESE
250gm cream cheese (Philadelphia)
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Cara-cara
Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
Tekan doh pada acuan tart.
Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.
Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga sebati
Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.




DOUBLE LAYER PUDING



Bahan-bahan ( menghasilkan 4 acuan puding )
300 ml susu segar
100 ml whipping cream ( klu takde boleh ganti dengan susu segar)
50 gram gula
5 gram ( 1 sudu kecil ) Gelatin
1 sudu kecil air ( untuk dibancuh dengan gelatin)
10 gram serbuk koko- ( bancuh dengan sedikit air panas)



Cara-cara
Mula-mula campurkan gelatin bersama air dan kacau sebati. Kemudian didalam periuk panaskan susu segar, whipping cream dan gula.
masukkan bancuhan gelatin didalam periuk dan kacau hingga gelatin betul-betul larut.
tutup api dan masukkan serbuk koko tadi, kacau sehingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan didalam bekas atau acuan puding. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya tiga jam atau lebih. Puding ini akan dengan sedirinya menjadi dua layer apabila telah sejuk. Jika mahu perasa lain, boleh lah ditukar koko dengan strawberry atau ape juga perasa kegemaran anda.
sedap dimakan ketika cuaca panas dan dihidangkan sebagai dessert atau sebagai menu tambahan untuk si manja anda. Selamat mencuba.



KEK BROWNIES


Bahan-bahan ( 30 )
*500 gm tepung naik sendiri
*1 sudu garam
*2 cawan koko
1/2 buku mentega
12 0z gula perang
4 biji telor
2 cawan susu ducth lady kotak
untuk toping; SUSU DUCTHLADY,serbuk koko, gula ising dan mentega sedikit.



Cara-cara
bahan2 * di ayak.
masukkan mentega,gula perang dan telor digaul hingga sebati.
masukkan bahan2 yang di ayak tadi. dan gaul..
masukkan susu tadi dan gaul hingga rata.
masukkan dlm mana2 acuan atau talam. bakar 35 minit dlm kepanasan 180.








diambil daripada: http://www.myresipi.com/

anak saudara

anak saudaraku yang pertama..muhd nursyazani bin mohd nur sadiqin..

uia dihatiku..



My Birthday

Alhamdulillah syukur pd Allah kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam pd kita..masih lagi diberi ksihatn dan kelapangan utk beramal..Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, umur pun semakin bertambah.. tanggal 20 februari lepas genaplah usiaku 26 tahun..